Terdapat banyak medan ikan bakar di Melaka yang menjadi tumpuan pelancong terutama hujung minggu dan musim cuti panjang seperti cuti sekolah. Antara medan ikan bakar yang sering menjadi tumpuan ialah di Serkam, Umbai, Crystal Bay, Muara Sungai Duyung dan Pengkalan Balak. Terdapat satu lagi kedai ikan bakar yang terkenal di Melaka ini iaitu ikan bakar Malim yang terletak di Malim dan MITC.
Waktu perniagaan adalah dari petang hingga malam kecuali ikan bakar Malim yang di buka pada waktu siang.
Panduan ke medan Ikan bakar Melaka di Umbai.
Panduan ke Medan Ikan Bakar Umbai |
Laksmana Ikan Bakar
Alamat: Pengkalan Ikan Bakar Pernu-Umbai Km 12 Kampung Pernu, 75460 Melaka
Telefon:012-208 3994
Waktu: Petang hingga malam
Ikan bakar |
Restoran ini menawarkan hidangan masakan laut yang istimewa berkonsepkan ikan bakar, turut menawarkan hidangan sampingan seperti mee bandong Muar, asam pedas dan tahu sumbat.
Ikan Bakar Parameswara
Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75450 Melaka. 06-261 6106
Telefon:06-2616106
Email: ikanbakarparameswara@yahoo.com.
ikan bakar |
siakap masak 3 rasa |
Di buka setiap hari kecuali hari Isnin |
Alamat: Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka.
Terdapat pelbagai jenis ikan dan makanan laut dihidangkan |
Ikan bakar, sungguh menyelerakan. |
Medan ikan bakar Crystal Bay terkenal dengan ikannya yang fresh tapi harganya murah. Ikan dihidang samada dalam bentuk ikan bakar, ikan kukus atau ikan tiga rasa. Selain dari ikan, terdapat juga makanan lain yang di hidangkan di sini antaranya:
- Siakap
- Pari
- Kembung
- Kerapu
- Merah
- udang
- Sotong
- Ketam
- Lala, kerang/siham, pahat, dan sebagainya
- dan banyak lagi menu yang terdapat disini.
1 Comments
Ikan bakar Melaka memang top. X sempurna rasanya kalau dtg Mlk x pekena ikan bakar
ReplyDelete